//its Aiza
Rapunzel here ;)

Navigation : touch hover image



Diaries Owner

Hello guys!


Credits!

Constructed by: HajarRahman
For: AizaRapunzel
Others:   


ALISHA

Chapter 24 : Surprise!

Ding!

Pintu lif terbuka di tingkat 9. Alisha melangkah keluar dengan ceria sambil menyanyi kecil. Hatinya begitu riang kerana hari ini adalah hari jadinya. Ibunya telah memintanya pulang ke rumah untuk sama-sama menyambut hari kelahirannya. Namun, dek kerana tugasan yang banyak, Alisha tidak dapat pulang ke rumah lebih awal. Tugasannya masih belum selesan tapi dia tinggalkan juga. Kerana hari ini adalah hari istimewanya dan dia mahu bergembira!

Langkah Alisha bertukar perlahan dan nyanyiannya mati apabila dia terlihatkan deretan kasut yang banyak di hadapan pintu rumahnya. Ini maknanya ada tetamu di rumah. Wah, mesti Mummy buat surprise party untuk aku! Getus hati Alisha. Entah siapalah yang datang ni... Fikir Alisha sebelum menekan loceng rumah itu. Tidak lama kemudian, pintu kayu itu terkuak dan terjengul wajah ibunya.

"Haa! Sampai pun. Lambatnya balik," sapa ibunya, Puan Niza. Alisha hanya tersengih dan melangkah masuk. Baru beberapa langkah, Alisha terkaku. Dia melihat tetamu yang ada. Hafiy! Keluarga Hafiy juga ada di situ. Kemainnya nak celebrate birthday aku sampai family Hafiy pun ada sama. Ibunya menggesa Alisha yang keras di muka pintu itu untuk segera bersalam dengan tetamu yang ada. Alisha masih kebingungan namun diturutkan juga perintah ibunya.

Usai bersalam, Alisha meminta diri untuk ke biliknya sebentar bagi meletakkan barang-barangnya. Puan Niza mengikuti Alisha ke bilik. Alisha baru sahaja hendak membuka mulut, bertanya mengapa keluarga Hafiy juga ada di situ, apabila Puan Niza menghulurkan sepasang baju kurung moden kepadanya. Baju rayanya 2 tahun lepas. Berwarna ungu dan kain mermaid cut yang meleret di belakang. "Pakai baju ni," kata Puan Niza.

"Why?" soal Alisha. Ketika itulah dia perasan bahawa Puan Niza juga berbaju kurung. Keluarganya dan tetamu di ruang tamu rumah itu juga berpakaian cantik. Baju kurung buat perempuan dan kemeja buat lelaki. Alisha semakin pelik. What is going on?

"Barulah lawa nak ambik gambar," balas Puan Niza.

"Hah?" Alisha menggelengkan kepalanya, semakin bingung dengan jawapan ibunya. Namun, disarung juga baju itu ke badannya. Sehelai selendang berwarna sedondon dengan baju itu dicapainya dan disarung ke kepala.

"Kenapa family Hafiy pun ada sekali?" tanya Alisha yang sedang cuba melilitkan selendang itu.

"Diorang datang nak pinang kakak lah." Jawapan Puan Niza membuatkan Alisha tergamam. Kepalanya tiba-tiba terasa pusing. Jantungnya bagaikan terhenti. Lidahnya kelu dan bibirnya terasa kering. Alisha benar-benar terkejut! Belum pun sempat dia mencerna kata-kata ibunya, Puan Niza sudah menarik Alisha keluar dari bilik. Alisha bergerak umpama robot, melakukan sahaja apa yang disuruh. Disuruh duduk, dia duduk. Disuruh hulurkan tangan untuk disarung cincin, dia hulur. Segalanya berlaku dengan kabur. Alisha masih tidak dapat percaya dengan apa yang sedang berlaku.

"Since mummy, daddy and Hafiy dah tahu sangat apa yang kakak nak, kitorang dah siap bincang semua benda. Kalau ada yang tak puas hati lagi ke, nanti kita boleh bincang lagi," kata Encik Kamal, bapa Alisha, cuba menerangkan kepada Alisha. Tetamu di sekeliling Alisha juga mengangguk tanda setuju.

"Jadi, daripada tadi kitorang cuma tunggu kakak balik untuk sarung cincin je," sambung Encik Kamal.

"That is, if you agree, if you are willing to accept my proposal lah," sampuk Hafiy. Alisha rasa dia mungkin telah mengangguk tanda setuju atau mungkin mengukir segaris senyuman kerana tidak lama kemudian, sebentuk cincin tersemat di jari manisnya. Alisha tidak ingat, dia tidak sedar apa yang sedang berlaku. Dia masih terkejut, masih kebingungan.

Mereka sedang asyik menikmati juadah yang terhidang apabila Alisha yang sedang menguis-nguis kek di dalam pinggannya ditegur oleh Hafiy. "Kenapa ni? You seem kind of spaced out. Tak happy ke?" Alisha mendongak dan membalas teguran Hafiy dengan segaris senyuman.

"Happy je..." balas Alisha pendek, masih melayan perasaannya.

"Habis tu? Nak sembang dekat luar tak?"

"Takkan nak tinggal je majlis? Tak elok lah..."

Hafiy bangun meninggalkan Alisha. Dia menghampiri Puan Niza dan ibunya yang sedang asyik bersembang. Alisha hanya memerhati. Seketika kemudian, dia menarik Alisha keluar dari rumah itu. Alisha masih membantah namun apabila dia menjelaskan bahawa dia sudah mendapat kebenaran daripada kedua-dua ibu mereka, Alisha akur. Dia membawa Alisha turun ke kawasan kolam renang apartment itu. Dia tahu betapa Alisha sukakan air dan akan membuatnya rasa tenang.

"Okay, spill. Apa yang tak kena?" soal Hafiy sebaik saja mereka melabuhkan punggung.

"Why me....?" Perlahan suara Alisha bertanya. Matanya merenung air di kolam dan fikirannya melayang. Dia tidak mengerti kenapa Hafiy memilihnya. Kotak memorinya memainkan peristiwa di mana dia menengking Hafiy, hanya kerana Hafiy tidak dapat menunaikan permintaannya. Dia teringat juga saat dia menghalau Hafiy pulang sedangkan Hafiy sanggup datang dari jauh semata-mata untuk memujuknya. Fikirannya penuh dengan memori tentang perbuatannya, perangainya yang teruk. Alisha selalu menjadi punca berlakunya pergaduhan antara mereka. Air mata Alisha mula bertakung.

"Why not you?" balas Hafiy.

"Sebab I teruk. I've done so many horrible things to you. I tak pernah nak dengar cakap you. I selalu tinggi suara dekat you. I tak pernah nak faham you. And macam-macam lagilah. Macam yang you pernah cakap before this lah."

"So?"

"So you still nak kahwin dengan I? Even after all that horrible things I did?"

"Yep." Jawab Hafiy selamba.

"Why?" Alisha masih tidak faham.

"Because..." Hafiy membuka bicara, mengalih punggungnya supaya dia duduk berhadapan dengan Alisha. "...all those things doesn't change my love for you. Of course lah, I nak you berubah, stop buat perangai macam tu. Tapi kalau dah itu diri you, I kena terima. I love all of you, the good and the bad." Alisha memandang wajah Hafiy dan tersenyum.

"Actually kan," sambung Hafiy. "Your good side is very good. You are not all bad. You je suka buat perangai, lagi suka tunjuk your bad side."

Alisha tergelak kecil sebelum membalas, "True".

"So, sayang, faham dah?"

Alisha menggeleng.

"Being with you is hard. But no matter how hard it is, how horrible you are, it won't change what I feel for you. I tetap sayang you. Today, tomorrow, forever and always. Macam laut tak pernah meninggalkan pantai. Bulan tak pernah meninggalkan bumi. Bintang tak pernah meninggalkan langit. Dan I takkan pernah tinggalkan you." Hafiy mencuit hidung Alisha setelah habis berkata-kata.

"Poet much?" Alisha tertawa besar. Boleh tahan jugak mamat ni kalau mula berjiwang sendu bagai.

"Takdelah. Tu skrip movie indon I tengok semalam." Jawapan Hafiy membuatkan Alisha tertawa lebih besar. Hafiy bangun dan mengajak Alisha naik semula ke rumah. Lama juga mereka tinggalkan majlis.

"Oh, by the way, happy birthday cik tunang," ucap Hafiy. Alisha tersenyum lebar mendengar perkataan 'tunang' itu. Memang dah lama dia nantikan saat itu.

"Why on my birthday and why a crown-shaped ring?"

"Sebab you yang mintak and sebab you're a princess."

Alisha terkejut mendengar jawapan Hafiy. Sungguh, dia tidak menyangka Hafiy masih ingat akan permintaannya itu. Permintaan yang dibuat ketika mereka masih baru berkenalan. Permintaan yang Alisha minta dilupakan kerana ia terlalu keterlaluan. Permintaan yang kini telah ditunaikan. Alisha tersenyum menatap Hafiy. "Thank you Allah... For giving me this man. Syukur alhamdulillah."