//its Aiza
Rapunzel here ;)

Navigation : touch hover image



Diaries Owner

Hello guys!


Credits!

Constructed by: HajarRahman
For: AizaRapunzel
Others:   


ALISHA

Chapter 1 : The Break Up. 

It’s better if we just break up. Bye, Sha.” Talian diputuskan. Alisha tergamam. Dia jatuh terduduk berhampiran katilnya, cuba menghadam apa yang baru saja berlaku. Dengan tangan menggeletar, dia cuba mendail nombor itu kembali. “Maaf, nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi.” Air matanya mula bertakung. Dia cuba lagi. Masih sama. Air matanya mengalir lebih laju setiap kali dia cuba mendail nombor itu. Dia cuba juga menghantar mesej. Tiada jawapan. 

Fahamlah Alisha bahawa ini benar-benar terjadi. Rauf telah membawa dirinya pergi dan tak akan kembali lagi. Alisha berbaring, masih menatap telefonnya, berharap Rauf akan menelefon dirinya dan segalanya akan kembali seperti biasa. Namun, tiada. Dia meringkuk di atas katil, menangis semahu-mahunya. Lencun patung berbentuk dolphin itu dek air matanya. Bertalu-talu makian buat diri sendiri dihamburnya. Marah dengan diri sendiri yang begitu bodoh. Kalau tak berbangkit isu itu, tak akan terjadi perpisahan ini. 

Ting! Ting! Ting! Telefonnya berbunyi, tanda ada mesej masuk. Cepat-cepat dilihat skrin itu, berharap bahawa itu mesej daripada Rauf. Tapi, hampa. Nama Shaf tertera pada skrin. “Kau pergi tak kelas petang ni?” Memikirkan kelas yang akan bermula dalam masa setengah jam lagi, Alisha gagahkan juga dirinya untuk bangun dan bersiap. Hatinya sakit dan matanya enggan berhenti menangis. Payah rasanya hendak melangkah keluar dari bilik itu. “Pergi…. But I’m not okay…..” balasnya kepada Shaf. 

“Kenapa?” soal Shaf. 

“Em…. Rauf just broke up with me……” Alisha tidak dapat menahan sebaknya dan kembali menangis. Dia cuba mencari kekuatan untuk berhenti menangis dan bangun ke kelas. Mesej dari Shaf yang baru masuk dibiarkan tak berbalas. Nantilah cerita dengan semua. Alisha turun dari blok kediamannya dengan mata dan hidung merah, laju saja mata rakan-rakannya menangkap keadaannya itu. 

“Eh kau kenapa ni?” soal Biah. Alisha hanya tersenyum segaris, mengatakan bahawa dia akan menceritakan segalanya lepas kelas nanti. Biah hanya mengangguk tanda faham. Perjalanan mereka ke kelas tidak seceria selalu petang itu. Alisha dibiarkan melayan perasaannya dan rakan-rakannya dibiarkan tertanya-tanya. 

Kelas selama 2 jam itu berlalu begitu saja, Alisha sikit pun tidak menumpukan perhatian. Fikirannya masih memikirkan Rauf, hatinya bercerlaru dan tangannya tidak henti mendail nombor Rauf. Tapi masih operator yang menjawab, tanda Rauf masih mematikan telefonnya. Alisha tidak berhenti menyalahkan dirinya sendiri. Bodoh! Bodoh! Bodoh! Kalau kau tak sibuk bangkitkan isu cincin tu tak akan jadi macam ni! Kalau kau tak sibuk nak jealous, insecure dengan ex dia, tak akan jadi macam ni! Bodoh! You should have behaved yourself

Kerana kebodohan dirinya, hubungan yang terjalin selama setahun itu berakhir begitu saja. Degil. Sudah banyak kali bertekak, dimarahi Rauf kerana sibuk hendak membicarakan hal yang dah lepas, tapi masih juga degil. Masih juga bertanyakan soal Anis, bekas kekasih Rauf. Masih juga membandingkan diri sendiri dengan Anis. Sekarang ditinggalkan, padan muka! 

Sudah banyak kali sebenarnya mereka bergaduh dan berura-ura untuk memutuskan hubungan. Tetapi, Alisha tetap berdegil dan berusaha untuk mempertahankan hubungan itu, kerana sayang. Setahun, banyak yang mereka lakukan bersama, kongsikan bersama. Bila tiba-tiba berakhir, terasa seperti separuh jiwa Alisha hilang. Fikirannya, hidupnya penuh dengan Rauf, apa saja yang dilakukannya pasti akan teringatkan Rauf. 

Malam itu, usai bercerita dengan rakan-rakannya, Alisha menangis teruk lagi. Dia akhirnya mengambil keputusan untuk meminta ibunya datang dan mengambilnya pulang ke rumah. Dia tidak mahu bersendirian, risau jika dia kembali menelan ubat melebihi dos, risau jika dia kembali menoreh tangan dan tempat terbaik untuknya sekarang adalah dalam pelukan ibunya. Dengan tersedu-sedu, dia mendail nombor ibunya. Dia cuba menahan suara agar ibunya tidak tahu bahawa dia sedang menangis. 

“Kakak, are you okay?” soal ibunya. Ternyata, firasat seorang ibu itu lebih kuat. Alisha tidak dapat menahan perasaannya. 

I’m not… Can you take me home now please?” rayu Alisha. 

“Okay, kejap lagi mummy sampai.” 

Dua hari, Alisha menangis di dalam pelukan ibunya. Dua hari, Alisha hanya tidur, tidak bangun, tidak makan. Rumah yang biasanya diserikan oleh Alisha, jadi hambar. Dipujuk ibunya, adiknya dan bapanya dengan pelbagai cara, namun dia tetap tidak punya semangat. Bukannya Alisha tidak pernah putus cinta sebelum ini. Entah kenapa, kali ini terasa sangat sakitnya. Hilang segala semangatnya untuk meneruskan pelajaran, untuk meneruskan hidup. Hilang. 

Hari ketiga, Alisha paksa dirinya untuk bangun. Melihat Alisha cuba mencari kekuatan untuk bangun, ibunya, Puan Niza cepat-cepat mencadangkan agar mereka berdua menghabiskan masa di salun rambut. Memang itu kebiasaan Alisha setiap kali break up, dia akan ke salun dan mengubah gaya rambutnya. Hari itu, Alisha memutuskan untuk memotong pendek rambutnya yang panjang hingga ke pinggang itu. Dia mahukan gaya rambut Hazel Grace di dalam filem The Fault in Our Stars. Malangnya, tukang gunting itu tersalah potong menyebabkan rambutnya jadi pendek seperti lelaki. 

Hal ini membuatkan keyakinan Alisha jatuh merudum. Dia tidak lagi berasa bahawa dirinya cantik. Keyakinannya terus hilang dan rasa insecure yang ada semakin menebal. Pulang dari salun itu, Alisha baru teringat hendak menelefon kawan baiknya, Yuna, untuk memberitahu hal yang satu itu. Kekuatan dikumpul, telefon dicapai dan nombor Yuna didail. 

Hello! What’s up?” Sapa Yuna dihujung talian. 

Well, um… Aku dengan Rauf dah break up.” Alisha sendiri semacam tidak percaya apa yang baru saja dituturkan itu. 

What?! Seriously?!” Nyaring suara Yuna menjerit di hujung sana. 

Yes, seriously…” 

“Kenapa weh?” 

“Salah aku. I brought up Anis again. Benda macam ni, borak-borak dengan Zara pasal cincin. Lepas tu, aku rasa Zara terlepas cakap kot yang Rauf pun pernah bagi cincin dekat Anis. Aku pun bodohlah pergi tanya Rauf. Of course lah meroyan sekali. I said I don’t feel special anymore, because before he said he had never done such things dengan Anis.” 

“Tak akan sebab tu je break?” 

Yeah… After that, he just said ‘It’s better if we just break up'. And terus letak phone. Actually, this happened two days ago. Aku baru ada kekuatan nak cerita dengan kau hari ni. I’m sorry.” 

It’s okay. Aku faham. Tapi tak boleh gak Rauf terus blah macam tu je. Benda boleh bawa berbincang. Mummy tahu tak ni?”

He’s all fed up kot. Two days aku macam mayat hidup, kerja menangis je. Yeah, I’m at home. Lepas break up tu aku terus minta mummy ambil aku balik. Today, I chopped off all my hair.” 

“Weh kau biar betul? Apa teruk sangat Rauf buat kau ni sampai rambut yang kau sayang sangat pun kau buang?” 

“Hm. Entahlah. Okeylah, Yun. I got to go. Later okay?” 

Be strong ya? Aku sayang kau.” 

“Aku sayang kau juga,” 

Nyata, Alisha masih belum cukup kuat. Air matanya mengalir lagi. 

God, take this pain away. Ease my mind, ease my heart.’ Pinta hatinya sebelum terlelap. Tidur, di mana dia boleh lari dari realiti dunia yang menyakitkan ini, walau sekejap. 





*********



Notes : 
1) Yes, it's a true story - some parts are a bit exaggerated. 
2) And this is a raw, unedited storyline - 5 am writing frenzy. So sorry for the crappy sentences ke grammar errors ke. Huhu. 
3) Enjoy!